fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan sungai yang menjadi lokasi seorang lelaki dikhuatiri lemas di sungai Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra pada malam ini.

JITRA – Seorang pengawal keselamatan dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai dekat Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, di sini hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.29 malam.

“Setibanya di lokasi, kami melakukan pencarian awal di sekitar tebing dan permukaan sungai.

“Ketika ini, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi untuk membantu misi pencarian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan mangsa merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah, dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI