fbpx
KEHADIRAN kumpulan monyet liar meresahkan penduduk Kampung Baharu Lanjut, Sepang.

Luahan Pembaca: Monyet liar selerakkan tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Masalah ancaman dan gangguan monyet liar di Kampung Baharu Lanjut, Sepang nampaknya seperti tiada kesudahan dan tidak terkawal menghantui penduduk terutama di kawasan taman perumahan berhampiran.

Kumpulan haiwan terbabit sering mengancam ketenteraman penduduk dan semkin berani menceroboh kawasan kediaman untuk mencari makanan dengan menyelongkar tong sampah, menyebabkan pemilik rumah terpaksa mengutip semula sampah yang berselerakan di jalan.

Selain itu, kehadiran monyet-monyet liar berkenaan menyebabkan penduduk berisiko diserang terutamanya kanak-kanak kerana haiwan itu datang secara berkumpulan dan tidak menunjukkan rasa takut dengan kehadiran manusia.

Adakalanya haiwan tersebut tidak akan berganjak apabila disergah dan seringkali juga berlaku cuba menyerang penduduk terutamanya monyet jantan yang mendominasi kumpulan tersebut dan boleh dianggap sebagai ketua.

Pokok buah-buahan seperti mangga, betik dan sebagainya memang menjadi kegemaran kumpulan monyet-monyet terbabit dan biasanya haiwan tersebut mengambilnya sewaktu ketiadaan pemiliknya.

Apa yang pelik adalah haiwan tersebut seakan tahu bila buah tersebut akan masak dan pada masa itulah datang ‘menyerang’.

Pihak terbabit perlu mengambil tindakan segera sebelum masalah ini berlarutan dan ada mangsa yang tercedera disebabkan diserang kumpulan monyet-monyet tersebut.

Difahamkan sebelum ini sudah dipasang perangkap, tetapi nampaknya tidak berapa berkesan kerana hanya segelintir yang dapat ditangkap.

Kalau boleh operasi memasang perangkap diteruskan dari semasa ke semasa demi keselamatan penduduk, selain beberapa langkah lagi yang perlu difikirkan diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Yang mengharap
Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN