fbpx
Imbas semula. Pasukan perubatan memberi bantuan kepada salah seorang anggota Malbatt yang cedera di Lebanon pada 7 November lalu.

EKSKLUSIF: Kedudukan Malbatt 850-12 jauh dari sempadan Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kedudukan strategik Malbatt 850-12 yang ‘dihimpit’ oleh pasukan pengaman antarabangsa lain berdekatan sempadan Lebanon membolehkan tentera negara ini mempunyai lebih masa untuk bersedia ekoran serangan darat sudah dimulakan oleh Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedudukan Malbatt 850-12 berada sedikit jauh dari sempadan dan diapit oleh pasukan lain di sebelah selatan, timur dan barat.

“Jadi, jika ada serangan dari darat, kita ada masa untuk bersedia sebab ia perlu melalui pasukan pengaman negara lain dahulu.

“Maklumat tidak rasmi me­ngatakan Israel sudah memulakan ancaman.

“Namun, kita tidak dapat jangkakan jika ada serangan udara Israel,” ujarnya.

Kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lebanon mempunyai 220 anggota yang membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Pada 7 November lalu, enam anggota pasukan itu cedera dalam letupan dekat Stadium Saida.

Menurut Mohamed Khaled, penghantaran anggota ke Lebanon menunjukkan komitmen negara kepada keamanan dan anti kemanusiaan.

“Ia juga sebagai menjaga reputasi negara. Keputusan berkaitan Malbatt perlu selari dengan UNIFIL berkaitan pasukan pe­ngaman.

“Oleh itu jangan ragu keha­diran dan penghantaran pasukan bagi misi berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN