Dalam mendepani cabaran dunia moden yang semakin kompleks, negara memerlukan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik dan berkemahiran teknikal tetapi turut memiliki disiplin, ketahanan mental serta semangat patriotisme yang tinggi. Sehubungan itu, Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak menganjurkan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MALPTAAC) Siri 17/2026 baru-baru ini. Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh berkata, MALPTAAC menjadi platform penting dalam membentuk generasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kompeten dan bersedia menyumbang kepada pertahanan……














