fbpx

Ibu tidak tidur, anak gadis hilang sejak Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummul Ayuni Atiqah gagal dikesan sejak Jumaat lalu.

MARAN – Kehilangan seorang gadis dalam sekelip mata ketika berada di rumahnya pada Jumaat lalu menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli keluarga.

Mangsa, Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis,15, yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik gagal dikesan dan dihubungi sehingga kini.

Ibunya, Saharah Mazlan, 39, berkata, pada hari kejadian, mereka berdua berada di rumah sebelum menyedari anaknya hilang pada pukul 2 petang.

“Saya terkejut apabila mendapati dia tiada di rumah. Saya tidak perasan dia keluar ikut pintu depan. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur mengenangkan keadaannya sebelum membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Menurut wanita itu, anaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengannya sebelum ini. Usaha keluarga mengesan gadis itu di rumah saudara mara dan rakan-rakan juga menemui jalan buntu.

“Saya harap dia dapat pulang ke rumah dan sesiapa yang tahu di mana keberadaan Ayuni boleh hubungi saya atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai memberitahu, polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa kelmarin dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.

Katanya, operasi pencarian dilakukan di pekan Maran, Sri Jaya, Chenor, Pekan Awah, Bandar Jengka dan Sg. Jerik.

“Pakaian terakhir yang dipakai gadis itu adalah baju kemeja berlengan pendek corak petak, tudung hitam, seluar slack dan kasut hitam.

“Gadis itu berbadan sederhana tinggi kira-kira 150 sentimeter dan mempunyai tahi lalat di pipi kiri,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI