fbpx

Beli emas, tidur hotel guna kad ATM milik warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga sahabat ketika hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Tindakan tiga sahabat joli sakan menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik seorang warga emas di Rembau bulan lalu membawa padah apabila mereka didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Nur Azlina Abdullah, 23, Nur Natra Nabila Mohd Zahidi, 21, dan Muhammad Sharul Azmeer Mohd. Sani, 24, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Majistret turut menetapkan hukuman tujuh bulan penjara jika tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda. Mereka didapati dengan curangnya menyimpan harta curi iaitu sekeping kad ATM milik warga emas wanita berusia 83 tahun.

Mengikut fakta kes, kira-kira pukul 3.05 petang, 29 Oktober lalu, anak lelaki warga emas itu memaklumkan kepada ibunya menerima mesej pelbagai transaksi kad ATM dari 24 Oktober hingga 29 Oktober lalu.

Warga emas tersebut kemudian membuat pemeriksaan dalam rumah dan mendapati kad ATM miliknya telah hilang sebelum membuat laporan di Balai Polis Chembong.

Kad ATM milik warga emas itu dijumpai di sebuah rumah salah seorang tertuduh bersama resit lain. Hasil siasatan lanjut, Nur Azlina menggunakan kad ATM itu di sebuah kedai emas di Pekan Rembau sebanyak RM940.

Nur Natra Nabila pula menggunakan kad ATM tersebut pada hari di sebuah kedai minuman francais di Rembau berjumlah RM33.30. Muhammad Sharul Azmeer pula menggunakan kad ATM di sebuah hotel di Rembau berjumlah RM80.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI