fbpx

UCL: The Gunners sedia ‘bedil’ Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA perlu mencari ramuan terbaik bagi memastikan Arsenal kembali mendapatkan rentak kemenangan. - AFP

LONDON – Selepas tewas kepada Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu, Arsenal boleh dianggap seperti harimau terluka yang sedang mencari mangsa untuk melepaskan geram.

Justeru, aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Inter Milan di San Siro awal pagi esok merupakan peluang terbaik untuk mereka menebus kekecewaan itu dan kembali mendapatkan rentak kemenangan.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta menggesa pemain-pemainnya menunjukkan respons segera dengan membawa pulang tiga mata dari Milan, sekali gus mengubat duka selepas tewas mengejut kepada Newcastle.

“Saya mahu tengok reaksi daripada semua pemain pada perlawanan Rabu nanti (awal pagi esok). Kami mesti menunjukkan respons positif dalam perlawanan itu selepas kekalahan kepada Newcastle sebelum ini.

“Apa yang pasti, kami perlu berada pada prestasi terbaik untuk mencatat kemenangan kerana semua orang tahu Inter merupakan salah sebuah pasukan terbaik di Eropah pada ketika ini,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu turut mengakui, The Gunners gagal menampilkan aksi seperti dimahukan ketika bertemu Newcastle dan beliau tidak mahu pemain-pemainnya mengulangi kesilapan tersebut.

“Memang kami layak untuk kalah pada perlawanan itu kerana kami terlalu mengikut tempo yang dimahukan Newcastle. Kekalahan itu sangat menyakitkan dan kami perlu bangkit dengan kadar segera,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN