fbpx
ZULZAIDI menunjukkan lokasi dia ternampak harimau kumbang di Lenggeng semalam.

Menggigil pandu kereta lepas nampak harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang penduduk Kampung Katup, Lenggeng dekat sini memandu kereta dalam keadaan gementar selepas terserempak de­ngan seekor harimau kumbang yang disangka kambing di kawasan berhampiran SK Mendum di sini minggu lepas.

Zulzaidi Mohd. Isa, 40, berkata, pada masa itu dia dan isteri dalam perjalanan ke ­Seremban dari rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, sewaktu melalui jalan utama berdekatan sekolah berkenaan, dia terlihat seekor haiwan yang disangka kam­bing atau anjing disebabkan suasana gelap.

“Apabila melihat semula dan toleh banyak kali sambil memperlahankan kereta, memang jelas nampak haiwan itu adalah harimau kumbang.

“Saya nampak jelas, toleh banyak kali dan memperlahankan kereta. Besar, tinggi dan panjang seakan harimau kumbang. Memang betul itu harimau.

“Dalam keadaan gementar, saya hanya mampu meneruskan perjalanan, tidak sempat merakam gambar sebagai bukti penemuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dia yang bekerja sendiri berkata, dalam tempoh se­minggu selepas pe­nemuan haiwan itu, berlaku kes haiwan ternakan dibaham haiwan buas.

Ujarnya, dalam tempoh itu, ada ternakan kambing penduduk di Kampung Jelatok dimakan haiwan, namun tidak dapat dipastikan sama ada kaitan dengan harimau kumbang berkenaan atau
sebalik­nya.

Katanya, dia percaya harimau kumbang itu masuk ke kampung mencari makanan yang bermungkinan disebabkan habitatnya terganggu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Mendum, Hanapiah Baba berkata, atas faktor ke­selamatan penduduk serta binatang ternakan, pihak­nya telah membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN