fbpx

Cuti Sabtu, Ahad tak ganggu solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared

JOHOR BAHRU – Penetapan semula hari Jumaat sebagai hari bekerja di Johor mulai tahun depan tidak akan mengganggu pelaksanaan solat Jumaat bagi kakitangan awam, pekerja muslim dan pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pelepasan umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat adalah diwajibkan sama ada kepada sektor awam atau swasta.

Katanya, ini seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Menunaikan Solat oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia yang terpakai dan berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, tiada alasan untuk mana-mana umat Islam di negeri ini meninggalkan kewajipan solat Jumaat.

“Mereka yang sengaja tidak solat Jumaat selepas penetapan semula hari Jumaat sebagai hari bekerja di Johor mulai tahun depan akan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Minggu lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu di negeri ini ditukar kembali kepada hari Sabtu dan Ahad, bermula 1 Januari depan.

Baginda membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad setelah mendapat izin dan restu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Tambah Baginda, keputusan itu turut mendapat pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat di negeri ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI