fbpx

Sembilan projek sakit tebatan banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham menunjukkan pelan projek tebatan banjir pada sidang akhbar di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Sebanyak sembilan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Selangor dikenal pasti sebagai projek sakit yang perlu segera diselesaikan menjelang musim tengkujuh bakal melanda negeri ini kelak.

Projek itu meliputi beberapa isu kritikal termasuk melibatkan RTB Batu 7, Ijok, Kuala Selangor yang mengalami ban pecah hingga banjir teruk minggu lalu.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, kerajaan negeri mempunyai sebanyak 41 RTB dengan peruntukkan kos bernilai RM482 juta.

Menurut beliau, projek itu sebahagiannya sedang dilaksanakan dan dalam proses reka bentuk oleh pihak syarikat kontraktor yang dilantik.

“Namun, kita mendapati sembilan daripada RTB itu bermasalah dan dikategorikan sebagai projek sakit antaranya kerana masih tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Projek itu melibatkan RTB di Sungai Buloh, Ijok, Sungai Kayu Ara dan anak sungainya, Sijangkang, Sungai Kandis, Sungai Kembong, Taman Mutiara Bukit Raja serta Sungai Pinang,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Izham menjelaskan, pihaknya juga telah memohon kerajaan Persekutuan menamatkan pelantikan kontraktor bagi tiga daripada projek tersebut.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan Persekutuan telah meluluskan lima projek tebatan banjir berimpak tinggi dengan kos bernilai RM2.25 bilion di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI