fbpx

Bintang tenis sensasi umum persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL

PARIS – Bintang tenis sensasi dunia, Rafael Nadal yang berjaya meraih 22 gelaran Grand Slam sepanjang karier akhirnya membuat keputusan untuk bersara selepas dihimpit masalah kecederaan berulang sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik dalam laman sosialnya, pemain kelahiran Mallorca, Sepanyol itu mengesahkan bahawa dia akan bersara secara rasmi selepas berakhirnya saingan Piala Davis bulan depan.

“Ia adalah tempoh beberapa tahun yang sangat sukar, terutama sejak dua tahun lalu. Saya sangat teruja untuk beraksi mewakili negara saya dalam aksi Piala Davis kerana salah satu kenangan manis adalah ketika memenangi kejohanan yang sama pada 2004,” katanya yang berjaya meraih 14 gelaran Terbuka Perancis.

Karier Nadal tidak berjalan lancar sejak tahun lalu ekoran terpaksa menanggung penderitaan akibat kecederaan apabila terlepas aksi Terbuka Perancis tahun lalu sebelum tersingkir seawal pusingan pertama di tangan Alexander Zverev tahun ini.

Gelaran terakhir yang dimenanginya adalah pada saingan Rolland Garros 2022 untuk meraih 112 kemenangan perlawanan berbanding empat tewas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI