fbpx
Imej Komet Tsuchinshan-Atlas yang berjaya dirakam penyelidik ESERI di Balai Cerap KUSZA, Merang kelmarin.

Komet melintas Bumi 9 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Peminat astronomi tempatan berpeluang menyaksikan Komet C/2023 A3 atau lebih dikenali sebagai Tsuchinshan-Atlas yang boleh dilihat dengan mata kasar di ruang angkasa negara sehingga 9 Oktober ini.

Kelmarin komet sama sempat dirakam di Merang di sini dan akan muncul lagi waktu terdekat.

Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Roslan Umar berkata, ko­met tersebut kini berada pada kedudukan terdekat dari matahari iaitu sejauh 113,438,582 kilometer (km) dan cahayanya mengambil masa enam minit 18.3904 saat untuk sampai ke Bumi.

Beliau berkata, Komet Tsuchinshan-Atlas ketika ini boleh dilihat pada waktu subuh.

“Komet tersebut memiliki ciri yang sangat menarik kerana berekor panjang dan boleh dirakam hanya menggunakan kamera di­gital biasa kerana kecerahannya tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Roslan berkata, sekumpulan penyelidik ESERI tidak melepaskan peluang mencerap komet terbabit di Balai Cerap KUSZA, Merang di sini semalam.

Beliau berkata, komet Tsuchinshan-Atlas yang ditunggu-tunggu muncul pada skrin kamera pada pukul 6.19 pagi di kedudukan lebih kurang altitud 12 darjah dan azimut 95 darjah.

“Imej komet itu berjaya dirakam dengan menggunakan teleskop oleh salah seorang pegawai penyelidik ESERI, Amirul Hazim Kamaruzaman.

“Komet Tsuchinshan-Atlas boleh dilihat pada mata kasar atau binokular sekiranya cuaca baik dan langit tidak berawan,” katanya.

Roslan berkata, komet tersebut kini boleh dilihat pada langit bahagian timur sebelum hilang dari pandangan apabila ia berada pada kedudukan konjungsi dengan matahari pada Rabu minggu depan.

Jelas beliau, Komet Tsuchinshan-Atlas dijangka muncul semula di langit sebelah barat pada minggu kedua bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN