Majikan perlu membayar tiga kali ganda daripada kos gaji pekerja sekiranya ada kakitangan yang mengambil cuti sakit. – GAMBAR HIASAN

Ambil cuti sebelum, lepas raya itu fenomena biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majikan terpaksa menganggung kerugian kira-kira RM5 bilion setahun ha­nya kerana tindakan pekerja yang sewenang-wenangnya menyalahgunakan pelepasan cuti sakit dan juga cuti kecemasan.

Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, apabila seseorang pekerja sengaja memalsukan atau membeli cuti sakit, majikan terpaksa membayar lebih daripada jumlah gaji sehari yang sepatutnya mereka terima.

Katanya, kerugian RM5 ­bilion setahun itu tidak termasuk kos yang ditanggung majikan berkaitan tuntutan bayaran bil rawatan pekerja dan ubat-ubatan yang berkaitan.

“Majikan terpaksa membayar gaji mereka walaupun tidak hadir kerja, kemudian perlu membayar untuk perbelanjaan rawatan perubatan walaupun tidak sakit, juga terpaksa membayar gaji kerja lebih masa yang dilakukan kakitangan lain.

“Berdasarkan kepada kos tambahan tersebut, majikan sebenarnya terpaksa menanggung jumlah bayaran melebihi tiga kali ganda daripada kos gaji pekerja dalam sehari,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Syed Hussain, budaya pekerja mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan secara kebiasaannya berlaku ketika sebelum atau selepas cuti hujung minggu.

“Akan ada yang sambung cuti pada Isnin hingga Selasa. Ini berlaku setiap kali sebelum atau selepas cuti perayaan dan telah menjadi budaya,” katanya,

Bercerita lanjut, Syed Hussain berkata, majikan digalakkan untuk memastikan tatakelola yang jelas dan memberi penerangan kepada pekerja tentang kea­daan seperti mana membolehkan mereka mengambil cuti kecemasan.

“Bukan semua keadaan dikategorikan sebagai cuti kecemasan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN