SELEPAS mendirikan rumah tangga pada tahun 2020, pemuda itu mula beralih hobi kepada memancing bersama rakan-rakannya daripada aktiviti bermotosikal. Sering memancing di laut dan kadangkala di air tawar, pemuda asal Kelantan, Mohd. Hakimi Al-Hafis, 28, yang menetap di Johor berkata, dia mula tertarik untuk fokus hobi memancing kerana kepuasan dan persaingan sihat yang dirasai antara rakan-rakan dalam mendapatkan tangkapan terbaik. Katanya, sebelum ini dia banyak menghabiskan wang untuk motosikal, namun kini selain menyara keluarga, dia juga akan mengasingkan wang untuk……