fbpx
Salah seorang pengurus jualan Atomy menerangkan tentang kelebihan produk terbaharu syarikat baru-baru ini.

Atomy catat jualan RM5 juta dalam sejam selepas lancar penapis air terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Atomy Malaysia telah melancarkan produk Penapis Air RO Pemanas Segera Atas Meja yang baharu, sekali gus menandakan satu langkah penting dalam pengembangan syarikat di dalam kategori peralatan rumah dan memperkukuh komitmennya untuk menyediakan solusi kehidupan berkualiti yang lebih mudah diakses oleh isi rumah di Malaysia.

Pengarah Cawangan Atomy Malaysia, Anna Kim berkata, penapis air tersebut bukan sekadar peralatan rumah tetapi juga turut diposisikan bagi menjawab persoalan bagi cabaran harian yang sering dihadapi rakyat negara ini ketika mahu menggunakan sistem penapisan air di rumah.

“Daripada proses pemasangan yang rumit, keperluan menebuk dinding, risiko kerosakan ruang kediaman, hinggalah kepada kesulitan penyelenggaraan yang memerlukan kehadiran juruteknik, produk ini direka untuk menghapuskan halangan-halangan tersebut dan menawarkan penyelesaian yang lebih mesra pengguna untuk gaya hidup moden,” katanya dalam kenyataan.

Kim menerangkan, produk tersebut telah direka berdasarkan keperluan isi rumah masa kini yang mana penapis air ini dilengkapi dengan reka bentuk tanpa tebukan, menjadikannya sangat sesuai untuk kediaman bertingkat, rumah sewa serta pengguna yang mengutamakan kaedah pemasangan yang lebih bersih dan mudah.

Produk ini turut membolehkan penukaran penapis secara DIY, sekali gus memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna dan mengurangkan kebergantungan kepada lawatan juruteknik bagi tujuan penyelenggaraan berkala.

Menambah lagi daya tarikannya, produk ini hadir dengan pelbagai fungsi pintar termasuk sistem penapisan lima peringkat, tujuh tetapan suhu, serta teknologi pemantauan TDS masa nyata, yang membolehkan pengguna mengurus kualiti air isi rumah dengan lebih yakin, mudah dan selesa.

ambutan pasaran terhadap pelancaran ini juga amat menggalakkan. Atomy Malaysia memaklumkan bahawa dalam tempoh pra-tempahan baru-baru ini, penapis air baharu ini telah mencatatkan jualan melebihi RM5 juta dalam tempoh hanya satu jam, sekali gus mencerminkan minat pasaran yang tinggi serta keyakinan pengguna yang semakin meningkat terhadap inovasi terkini jenama tersebut.

“Kami komited untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan lebih baik. Dengan pelancaran penapis air ini, kami berharap dapat menawarkan kepada isi rumah di Malaysia satu cara yang lebih pintar, lebih mudah dan lebih mampu milik untuk menikmati air bersih di rumah.

“Kami percaya produk premium harus dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, dan kami yakin pelancaran ini akan membawa nilai yang bermakna kepada keluarga di seluruh negara,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN