fbpx

Bekas kelab Mbappe hutang gaji, bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE berkeras tidak mahu LFP menjadi pengantara antaranya dengan PSG yang dikatakan masih berhutang gaji dan bonus kepada dirinya. - AFP

PARIS – Wakil kepada Kylian Mbappe tidak berminat menerima tawaran daripada Liga Bola Sepak Perancis (LFP) untuk bertindak sebagai pengantara antara penyerang itu dengan bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) berhubung hutang gaji dan bonus.

Mbappe yang kni menyarung jersi Real Madrid mendakwa PSG masih berhutang sebanyak €55 juta (RM262.46 juta) yang mana gergasi Perancis tersebut mendakwa kapten Perancis itu telah bersetuju untuk tidak menuntut jumlah berkenaan.

Bagaimanapun, penyerang berusia 25 tahun itu mahukan jumlah tersebut termasuk bonus tandatangan yang sepatutnya diterima pada Februari lalu selain bayaran gaji tiga bulan terakhir dan juga ‘bonus etika’ meliputi tempoh tersebut.

Peguam kedua-dua pihak dikatakan telah mengadakan pertemuan pada Rabu lalu selepas Mbappe dilaporkan merujuk kes tersebut kepada jawatankuasa undang-undang LFP sebelum liga berkenaan memutuskan untuk menjadi pengantara.

“Kemungkinan (urusan) pengantaraan disebut pagi ini (semalam). Kemungkinan itu secara tidak langsung telah ditolak sewaktu mesyuarat dengan wakil pemain.

“Pengantaraan tidak berguna untuk mengesahkan kekurangan pembayaran yang secara jelas boleh dilihat daripada analisis ringkas melalui penyata gaji,” kata wakil Mbappe.

Sebagai rekod, Mbappe meninggalkan PSG secara percuma selepas kontraknya berakhir dan menyertai Real dengan perjanjian selama lima tahun pada 3 Jun lalu.

Biarpun menjulang trofi Piala Super Eropah bersama Real bulan lalu tetapi Mbappe dilihat bergelut untuk menunjukkan impaknya apabila baru berjaya meledak dua gol daripada empat perlawanan La Liga ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN