fbpx

Ribut petir landa lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sehingga pukul 1 pagi nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, amaran juga dikeluarkan di beberapa daerah di Pahang iaitu Lipis, Jerantut, Kuantan dan Rompin,” katanya.

Amaran sama juga diberikan di Johor melibatkan daerah Mersing.

“Bagi negeri Sarawak, amaran ribut petir turut dikenakan di Sibu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang.

“Di Sabah, cuaca buruk juga dijangka berlaku di Pedalaman (Kuala Penyu), manakala amaran turut dikenakan bagi Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI