fbpx

Penganggur didakwa rosak rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) didakwa melakukan khianat dengan merosakkan patung dan merosakkan peralatan sembahyang sebuah tokong di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana merosakkan patung dan peralatan sembahyang di sebuah tokong di bandar raya ini minggu lalu.

Tertuduh berusia 42 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan patung dan memecahkan kotak cermin kaca milik Persatuan Nan Ann.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis persatuan tersebut yang terletak di Jalan Kemajuan di sini pada pukul 7.15 pagi, 29 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan 9 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd. Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI