fbpx

Kate Middleton kurang menonjol di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATE MIDDLETON

SELEPAS berehat panjang ekoran menjalani rawatan kanser selama beberapa bulan, Kate Middleton kini bersedia untuk kembali bertugas.

Malah, selepas bercuti pada cuti musim panas sebelum ini, Middleton mengakui dirinya sudah bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Bagaimanapun, Puteri Wales itu dikatakan tidak akan kerap membuat kemunculan di depan khalayak.

Difahamkan, Middleton memilih untuk tidak terlalu menonjol dan hanya akan muncul pada urusan rasmi melibatkan keluarga diraja atau acara penting.

“Selepas berkongsi berita mengejutkan tentang penyakit kanser, Middleton menghabiskan masa enam bulan jauh daripada pandangan umum.

“Mungkin selepas ini juga beliau juga tidak akan menonjol di depan umum,” kata jurucakap Middleton. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI