fbpx
Graduan teater memang sukar untuk mendapatkan tempat usai menamatkan pengajian dalam bidang tersebut.

Bidang IT sudah maju ke depan, seni?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK kebelakangan ini, ada sahaja berita kurang enak me­ngenai industri seni dalam negara kita lebih-lebih lagi arena pementasan teater.

Situasi ini sedikit sebanyak mengganggu impian pelajar dan graduan yang mengikuti jurusan teater untuk menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka ke alam pekerjaan.

Selain kebolehpasaran, isu penerimaan penonton turut memberi kesan kepada graduan dan pelajar yang mendakwa kursus pengajian tersebut sekadar membazirkan wang dan tenaga.

Ini juga akan memberikan persepsi buruk kepada fakulti seni teater untuk menerima pelajar baharu apabila terdapat persepsi mengenai keburukan kos pengajian tersebut.

Malah, ada juga graduan yang terpaksa melompat ke dalam bidang lain kerana kesukaran untuk mencari ruang memasuki industri hiburan yang sudah menjadi impian setiap anak seni, tetapi terpaksa dikuburkan.

Rata-rata mereka perlu akur dan merebut peluang yang ada memandangkan pengajian teater dan seni persembahan yang dipelajari berdepan de­ngan persaingan agak besar dan lambakan siswazah.

Menurut Dekan Fakulti Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Fa­syali Fadzly mengakui bahawa graduan teater memang sukar untuk mendapatkan tempat usai menamatkan pengajian dalam bidang tersebut.

“Susah sebenarnya graduan teater mahu menapak dalam industri. Semasa berada di institusi, mereka disediakan infrastruktur lengkap untuk mempraktikkan seni lakonan yang dipelajari.

“Namun, apabila tamat belajar, golongan tersebut tiada tempat latihan. Kalau ada sekalipun, mereka perlu mengeluarkan kos sendiri untuk menyewa.

“Memang ada kekangan, tetapi alhamdulillah kebelaka­ngan ini ada banyak geran yang disediakan kepada graduan untuk mencuba nasib,” katanya kepada Kosmo!.

Walau bagaimanapun, geran yang disediakan itu tidak semudah disangka lebih-lebih lagi apabila pelajar tidak didedahkan dengan kaedah betul.

“Namun, ada yang sudah memohon geran selama empat hingga lima tahun baru diluluskan. Cara mohon geran pun memerlukan kemahiran.

“Susah sebenarnya mahu mendapatkan pembiayaan lebih-lebih lagi untuk graduan baharu, tetapi mereka ini boleh cuba cari kerja lain seperti menyertai projek senior atau bermula sebagai kru produksi,” katanya penulis skrip itu.

Ditanya mengenai kebimbangan tentang pengajian teater yang tidak selamat, Fasyali yang juga pensyarah berharap kerajaan meningkatkan usaha mempromosi bidang seni sama seperti kursus lain.

“Kami tidak rasa cabaran ini akan membuatkan fakulti teater tutup, tetapi cuba ba­yangkan pada tahun 90-an, ada dua fakulti yang kerajaan beri tumpuan iaitu teknologi maklumat (IT) dan seni.

“Namun, bidang IT sekarang dilihat lebih menyerlah berbanding seni kerana banyak insentif yang ditaburkan dalam pengajian tersebut.

“Oleh itu jika seni teater, tari ataupun perfileman mahu lebih maju, insentif perlu ditingkatkan sama seperti bidang IT,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN