fbpx

Taylor Swift diancam pengganas, batal konsert jelajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Swift membuat persembahan di Arena Paris La Defense sebagai sebahagian daripada Jelajah Eras di Nanterre, barat laut Perancis, pada 9 Mei lalu. - AFP

VIENNA  – Siri jelajah konsert bintang pop, Taylor Swift di Austria pada minggu ini dibatalkan selepas dua lelaki ditahan atas tuduhan merancang serangan keganasan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Swift dijadualkan membuat persembahan di Vienna pada hari ini, esok dan lusa.

Notis disiarkan di laman web Barracuda Music menyatakan: “Taylor Swift: Pertunjukan Jelajah Eras Vienna dibatalkan kerana pengesahan pegawai kerajaan berhubung serangan terancang oleh pengganas.

“Berikutan pengesahan mengenai serangan pengganas yang dirancang di Stadium Ernst Happel, kami tidak mempunyai pilihan selain membatalkan tiga pertunjukan yang telah dijadualkan demi keselamatan semua orang.

“Semua tiket akan dibayar balik dalam tempoh 10 hari waktu bekerja,” kata notis tersebut.

Ketua Pengarah Keselamatan Awam, Franz Ruf berkata, seorang warga Austria berusia 19 tahun ditangkap di Ternitz pagi semalam.

Ruf turut mendedahkan bahawa penahanan kedua berlaku petang hari yang sama, namun tiada butiran lanjut mengenai suspek kedua.

Laman berita Austria, Kronen Zeitung melaporkan bahawa suspek berusia 19 tahun itu telah berjanji setia kepada kumpulan militan Daesh pada bulan lalu.

Ia menambah bahawa Vienna menjadi sasaran serangan yang dirancang mereka, dengan suspek  mempunyai minat khusus terhadap  konsert Jelajah Eras yang berlangsung di Stadium Ernst Happel. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI