fbpx
SEORANG pegawai polis memeriksa dokumen pelajar perubatan sebelum menduduki semula pemeriksaan NEET-UG di Ahmedabad kelmarin. - AFP 

Kertas soalan bocor, jutaan pelajar tertekan duduki semua peperiksaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Berjuta-juta pelajar di seluruh India terpaksa menduduki semula peperiksaan penting di bawah kawalan keselamatan ketat selepas ujian terdahulu dibatalkan susulan insiden kertas soalan bocor, lapor stesen penyiaran BBC. 

Calon yang gementar terpaksa melalui proses pemeriksaan badan, pengesahan biometrik dan rondaan kenderaan perisai semasa di pusat-pusat peperiksaan kelmarin. 

Tentera Udara India mengangkut kertas ujian baharu ke beberapa wilayah, manakala  polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke 5,440 pusat peperiksaan di seluruh India untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Pelajar yang mahu mengambil jurusan perubatan wajib menduduki peperiksaan dikenali sebagai National Eligibility cum Entrance Test (Undergraduate) atau NEET-UG untuk memasuki kolej perubatan di India. 

Pembatalan peperiksaan menyebabkan kekecewaan dalam kalangan ramai pelajar, manakala kontroversi mengenai kebocoran kertas soalan itu mencetuskan protes meluas serta desakan agar Menteri Pendidikan, Dharmendra Pradhan meletak jawatan. 

Agensi Ujian Kebangsaan (NTA) memaklumkan bahawa lebih 1.3 juta kamera keselamatan dipasang secara keseluruhan, dengan setiap satu daripada lebih 95,000 bilik peperiksaan dilengkapi peranti tersebut.

NTA menambah, sebanyak 51,311 peranti penyekat (jammers) digunakan untuk menyekat isyarat telefon bimbit dan gangguan elektrik. 

Aplikasi Telegram turut disekat sehingga semalam susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan platform tersebut dan menghalang sebarang cubaan menipu. 

“Hampir 39,000 kakitangan pemeriksaan diambil bekerja untuk memeriksa kemasukan sebarang barang larangan,” kata NTA, sambil menambah, kira-kira 40 hingga 50 kakitangan keselamatan ditempatkan di setiap pusat peperiksaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN