fbpx
Warga asing banyak menghabiskan masa hujung minggu dengan berkumpul di kawasan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam.

‘Puncak Alam best, tiada siapa ganggu kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Rata-rata warga asing mendakwa mereka cukup selesa dan tenang tinggal di Taman Industri Alam Jaya di Bandar Puncak Alam di sini memandangkan kawasan ber­kenaan dilengkapi pelbagai kemudahan selain dipenuhi kedai runcit dan makanan.

Menurut seorang warga Nepal dikenali Astouh, 23, kawasan perumahan itu juga menjadi ‘port’ bagi mereka untuk berkumpul dan bertemu terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

“Di sinilah tempat kami bersantai pada hujung minggu.

“Banyak sangat kemudahan di sini dan kami cukup selesa. Lagipun, banyak kedai runcit dan makanan termasuk yang dikendalikan sendiri oleh warga asing ada di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Menurut Astouh lagi, tindakan mereka berkumpul di kawasan itu bukanlah untuk mencetuskan masalah kepada komuniti setempat, sebaliknya hanya untuk berborak dengan rakan senegara.

“Kami bukan buat apa-apa. Kami hanya berkumpul dan berborak dengan rakan senegara.

“Ada juga yang main kriket di kawasan berhampiran. Kami hanya jalani kehidupan seperti biasa pada hujung minggu,” katanya.

Dia yang masih bujang me­ngakui kini tinggal bersama 10 rakannya di kawasan flat berhampiran dengan kebanyakan daripada mereka merupakan pekerja kilang.

Dakwanya lagi, rata-rata daripada warga asing di kawasan itu akan menghantar sebanyak RM800 ke negara asal mereka pada setiap bulan.

“Saya tidak tahu sama ada kedai runcit ini dimiliki warga asing atau orang tempatan. Lagipun, saya baharu dua tahun di Malaysia,” katanya.

Rakan senegaranya dikenali Idipak, 21, berharap penduduk tempatan tidak memandang serong kepada mereka terutama ketika berkumpul beramai-ramai di kawasan kejiranan.

“Kami tidak buat salah, hanya melepak dan berbual-bual,” jelasnya.

Bagi seorang lagi warga Myanmar dikenali Prem, 30, dia memilih untuk menjadi pembantu kedai runcit selain menjual sirih di kaki lima untuk menambah pendapatan.

“Saya cuma kerja sahaja di kedai runcit dengan dua lagi rakan.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada kumpulan-kumpulan tertentu kerana kami akan berkumpul bersama rakan dari negara yang sama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN