fbpx
Nur Husaini menunjukkan ikan baung yang mati disebabkan pencemaran di Sungai Tanjung Air Hitam, di Pontian semalam.

Banyak ikan, udang terapung akibat sungai tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kira-kira hampir satu tan udang galah dan ikan air tawar mati dipercayai akibat pencemaran yang berlaku di Sungai Tanjung Air Hitam, Kayu Ara Pasong di sini.

Penduduk mendakwa pencemaran berlaku di kawasan Bukit Batu di Kulai menyebabkan air yang tercemar turun ke hilir sehingga ke Sungai Tanjung Air yang kaya dengan udang galah dan ikan.

Seorang pengusaha bot, Muhammad Afiq Mat Ali, 35, berkata, kejadian pencemaran dikesan berlaku pada 21 Julai lalu menyebabkan perkhidmatan sewaan bot kepada pemancing terhenti seketika.

“Kami penduduk di sini tahu bahawa di bahagian hulu iaitu di Kulai ada kawasan perindustrian kemungkinan sisa dari kilang di­alirkan ke sungai sehingga Sungai Tanjung Air Hitam tercemar.

“Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu, kira-kira satu tan hidupan akuatik air tawar seperti udang galah, ikan sungai seperti ikan baung juga didapati mati dan terapung.

“Ikan dan udang mati terapung hanyut ada yang sangkut dekat tebing sehingga mengeluarkan bau busuk,”katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Air Hitam, di sini semalam.

Susulan kesan pencemaran itu, Muhammad Afiq berkata, pengusaha bot untuk sewaan kaki pancing turut terjejas.

Ujarnya, memasuki hari keempat pencemaran itu berlaku, dia dan 10 pengusaha bot mengalami kerugian kerana tiada penyewa yang menggunakan perkhidmatan bot tersebut.

“Kami menyewakan bot antara RM80 hingga RM120 sehari, sudah empat hari kami tidak memperolehi sebarang pendapatan disebabkan air sungai kotor dan berbau,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN