fbpx
JANGAN normalisasikan gejala buli siber, berulang kali perkara tersebut ditegaskan usahawan dan pelawak Shuib yang pernah menjadi mangsa sebelum ini.

‘Hanya berani tulis, bila jumpa tunduk minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“BULI siber sangat menakutkan.”

Demikian yang berulang kali meniti di bibir Shuib apabila membuka bicara tentang kegilaan netizen dalam dunia serba canggih ketika ini.

Bukan menafikan hak netizen untuk bebas bersuara sebaliknya hanya berkongsi ‘sepak terajang’ dunia hiburan tempatan.

Adakalanya, setiap kontroversi mahupun apa sahaja perkara yang dibangkitkan kekal ‘hidup’ dalam dunia maya sehingga mampu mendorong kepada banyak kemungkinan negatif.

Akui Shuib, gejala buli siber dewasa ini semakin membimbangkan sehingga ada yang nekad mengambil nyawa sendiri.

Menurut pemilik nama penuh Shahmira Muhammad itu, tindakan buli siber adakalanya tercetus berikutan segelintir masyarakat memandang enteng perbuatan melondehkan kehidupan dan aib orang lain.

“Buli siber adalah perkara yang sangat serius. Jika dulu kita lihat banyak berlaku di luar negara, kini semakin membimbang pula di negara sendiri.

“Trend sekarang apabila ada sahaja cerita mengenai artis atau individu dikenali, netizen menerjah akaun Instagram artis tersebut dan komen, ‘standby popcorn’, Like tanda hadir, sudah mula ke belum, itu semua budaya yang teruk.

SHUIB berharap masyarakat lebih cakna dan prihatin dengan isu buli siber yang semakin sukar dikawal mutakhir ini. – SYAKIR RADIN

“Dengar macam seronok tetapi hakikatnya perkara sebegini memberi impak besar terhadap individu yang dibuli,” katanya.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Sepahtu itu berkata, pengalaman menjadi menjadi mangsa buli siber adalah sesuatu yang tidak harus dilalui individu lain.

“Saya juga salah seorang mangsa. Ketika itu hangat isu saya lewat bayar gaji pekerja sedangkan sepanjang berniaga, itulah pertama kali saya lambat.

“Namun, netizen mula menghentam seolah-olah lebih tahu semua perkara, seperti duduk dalam kasut saya.

“Tolonglah hentikan budaya buli yang kebanyakan dilakukan orang Melayu kita sendiri. Mungkin ada orang boleh hadap, kalau tak boleh, tak mustahil jadi teruk sehingga bunuh diri,” katanya lagi.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berharap tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pelaku bagi menunjukkan betapa seriusnya impak buli siber kepada masyarakat.

“Pelaku selalunya hanya berani menulis kononnya paling pandai dan tahu semua perkara. Mungkin mereka teruja dapat Likes dan tontonan yang banyak.

“Tapi bila jumpa depan muka, mereka hanya tunduk dan merayu mohon maaf.

“Ini semua maruah orang, selagi mana komen itu tidak dipadam dalam media sosial, sampai mati akan kekal di situ,” ujarnya dalam nada tegas.

MESKI jarang muncul di kaca televisyen, minat Shuib terhadap dunia seni tidak pernah padam.

Lakonan

Beralih topik karier seni khususnya lakonan, Shuib berkata, perkara tersebut perlu ditangguh berikutan kekangan masa.

Kongsinya, tawaran lakonan sentiasa ada, namun dengan berat hati terpaksa menolak buat masa ini.

“Ada yang panggil berlakon tetapi saya tak boleh penuhi permintaan mereka.

“Lagipun, tawaran itu tidaklah besar mana, jadi saya perlu fikir mana yang perlu diutamakan dulu. Kini, perniagaan menjadi keutamaan,” ujarnya lagi.

Begitupun, Shuib menegaskan kecintaannya terhadap dunia seni tidak pernah luntur meski jarang muncul dalam mana-mana program televisyen.

“Saya masih berminat dan terfikir untuk muncul di kaca TV cuma tunggu masa yang sesuai.

“Jika tanya saya tentang penerimaan orang sama ada masih relevan atau tidak, jawapan itu ada pada peminat.

“Saya masih ambil tahu tentang industri. Saya suka menonton sketsa, komedi, dunia radio, podcast dan sebagainya. Itu semua berkait dengan industri,” jelasnya.

SHUIB kembali bergabung dengan Fizie Ali (kiri) dan Syuk Sahar menerusi program Dol’s Podcast.

Podcast

Teruja berkongsi tentang produk terbaharunya, Dol’s Podcast, dia sudah lama memasang niat untuk kembali ke udara bersama dua sahabatnya, Shuk Sahar dan Fizie yang pernah mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM sekitar 2019.

Jelasnya, itu antara cara untuk membuktikan dirinya masih lagi aktif dan berminat dengan dunia penyiaran.

“Saya tidak aktif dalam televisyen lagi, jadi kadangkala timbul kerinduan terutama apabila asyik fokus berniaga.

“Jadi, saya fikir kalau seminggu sekali dapat berjumpa Shuk dan Fizie membicarakan isu-isu mencuit industri apa salahnya.

“Saya tahu kami bertiga serasi, mereka ada ‘barang’ yang saya suka setiap kali bersiaran bersama,” katanya lagi.

Kongsinya, podcast tersebut akan menjemput ramai tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tidak terikat dengan selebriti sahaja.

“Untuk tetamu jemputan, memang sudah ada beberapa nama dan syukur ramai bersetuju untuk hadir termasuk isteri saya sendiri, Watie Hanafiah.

“Mengenai topik pula, kami akan kupas kisah hidup individu tersebut, namun tidak keterlaluan termasuk topik yang hendak dibincangkan,” katanya menutup bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN