Yamal berperluang untuk merebut gelaran Ballon d'Or berdasarkan prestasi terbaik dipamerkan sepanjang kempen Euro 2024 ketika membantu Sepanyol muncul juara. - AFP

Pertarungan sulit rebut Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAINGAN Euro 2024 dan Copa America 2024 akhirnya menutup tirai dengan Sepanyol dan Argentina masing-masing pulang dengan membawa kejayaan.

Sebelum kedua-dua saingan bermula, beberapa nama pemain antaranya, Vinicus Junior, Jude Bellingham, Toni Kross dan Kylian Mbappe disebut-sebut bakal menjadikan dua kejohanan tersebut sebagai platform untuk mereka merangkul anugerah berprestij peribadi, Ballon d’Or.

Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset apabila tidak ada seorang pun daripada mereka mampu membantu pasukan kebangsaan masing-masing untuk muncul juara sekali gus Euro dan Copa America seakan gagal menjadi ‘jambatan’ untuk mereka tiba ke tujuan itu.

Namun, berdasarkan pelbagai pertimbangan yang bakal dibuat termasuk prestasi sepanjang tahun, jumlah jaringan, kejayaan pasukan dan sebagainya, mereka masih mempunyai peluang untuk memenanginya.

Proses pemilihan pemenang anugerah tersebut bermula dengan senarai 30 pemain yang akan disenaraikan sebelum 100 wartawan dari seluruh dunia akan diberikan peluang membuat undian memilih pemain yang benar-benar layak.

Menilai dan memilih pemain yang benar-benar layak berdasarkan merit bukanlah suatu yang mudah, namun pilihan perlu dibuat dan pilihan tersebut perlulah dibuat dengan tepat untuk mengelak timbulnya kontroversi.

Berdasarkan jumlah kejuaraan yang dijulang sepanjang tahun, pemain pertahanan Real Madrid dan Sepanyol, Dani Carvajal mungkin boleh dianggap sebagai antara yang layak selepas berjaya merangkul gelaran La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Super Sepanyol dan terbaharu menjulang gelaran Euro 2024 bersama La Roja.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, bermakna Carvajal menamatkan penantian selama 18 tahun untuk pemain pertahan dinobatkan sebagai pemenang selepas Fabio Cannavaro melakukannya pada 2006.

Namun, jangan dilupakan dengan penggempur Inter Milan, Lautaro Martinez yang meledak 35 gol sepanjang musim lalu dan berjaya menjulang tiga trofi utama, Serie A, Piala Super Itali dan meledak gol kemenangan pada aksi final Copa America 2024 menewaskan Colombia untuk Argentina mempertahankan gelaran. Dia juga layak meneri­manya.

Panel pemilihan Ballon d’Or juga boleh membuat kejutan seperti mana ketika mereka menobatkan Lionel Messi untuk pemenang musim 2023 hanya kerana pemain itu berjaya menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar dengan memi­lih bintang muda sensasi Barcelona dan Sepanyol, Lamine Yamal sebagai pemenang.

Biarpun hanya menjulang kejuaraan Euro 2024, prestasi pemain berusia 17 tahun itu cukup luar biasa dengan menjadi penjaring termuda dalam sejarah Euro, pemain paling banyak mencipta umpanan gol dalam satu edisi dan membantu Sepanyol menjadi pasukan pertama merekodkan kemenangan bersih dalam semua perlawanan di kejohanan itu.

Bagaimanapun, nama bintang Manchester City, Rodri pastinya tidak boleh terlepas pandang apabila dia dianggap memiliki magis dengan kejayaan bersama kelab dan negara kerana apabila dia cergas untuk beraksi, kejuaraan sukar terlepas dari genggaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN