fbpx
RAMAI pasangan muda masa kini tidak mahu anak sepanjang perkahwinan mereka.

Kahwin tak mahu anak, rugikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Trend perkahwinan ‘sukaria’ atau rumah tangga sifar anak dikatakan semakin popular dalam kalangan pasangan muda masa kini.

Mengambil hukum logik, alasan dan hujah yang diberikan oleh mereka adalah terlebih munasabah.

Sekarang bukan lagi zaman datuk dan moyang kita yang rata-rata mempunyai lima hingga 10 anak.

Hujah ulat dalam batu pun boleh hidup atau datuk kita dulu ada 10 anak tetapi semua cukup makan, bila sudah besar, ‘semua jadi orang’ dicebik generasi sekarang.

Kata mereka, kos sara hidup zaman dahulu ‘ciput’ sedangkan kos untuk membesarkan seorang anak ke peringkat universiti pada masa kini boleh mencecah antara RM 300,000 hingga RM1 juta bergantung kepada pendapatan isi rumah dan demografi.

Masa kini juga menyaksikan kedua-dua suami dan isteri bekerja. Kerja masa kini sangat menuntut masa dan mereka sukar menjaga anak tidak seperti 30 tahun lalu.

Buat apalah mempunyai ramai anak jika semuanya tidak terjaga dan menjadi bebanan kepada sekolah serta masyarakat.

Bak kata pepatah, seorang ibu boleh menjaga 10 anak. Namun, adakah 10 anak sanggup menjaga ibunya?

Jika dari sudut pelaburan, situasi ini tidak menguntungkan. Bagaimanapun, mengambil kira aspek negara trend sebegini sangat merugikan.

Jika melihat peta populasi global, banyak negara maju dan lain-lain termasuk Malaysia dijangka mengalami perencatan pertumbuhan penduduk.

Contohnya, populasi Eropah diramalkan menguncup 40 peratus menjelang akhir abad ini, situasi yang akan memporak-perandakan ekonomi dan daya saingnya.

Malaysia juga akan kehilangan daya saingnya jika trend sebegini berterusan di mana satu masa golongan tua jauh lebih ramai daripada belia.

Menurut trajektori antarabangsa hanya kira-kira 10 negara dunia akan mengalami pertumbuhan populasi bersih yang ramai menjelang abad ini sekali gus aset paling berharga yang akan memacu ekonomi negara dan mengubah status quo semasa.

Ini bermakna negara-negara kuasa ekonomi termasuk di Asia seperti Jepun, China dan Korea Selatan bergelut dengan populasi yang semakin tua dan memerlukan kos penjagaan yang tinggi sedangkan golongan muda dalam usia bekerja bertambah kurang.

Umum mengetahui bahawa negara-negara yang disebutkan mengalami penurunan kadar kelahiran yang agak tinggi terutamanya Korea Selatan dan Jepun.

Antara punca utama trend tersebut adalah kos sara hidup tinggi termasuk perbelanjaan besar yang diperlukan untuk membesarkan seorang anak.

Wanita di sana juga bekerja keras untuk membina kerjaya dan umumnya kurang berminat dengan tanggungjawab membesarkan anak.

Bagi mereka tanggungjawab itu perlu ditangguhkan sehinggalah mereka bersedia dari segi kewangan dan mental untuk memiliki anak.

Satu-satunya negara Barat yang tidak akan berdepan masalah ini ialah Amerika Syarikat.

Ini kerana dasar imigrannya yang mudah lagi terbuka iaitu ‘masuk sajalah’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN