fbpx
Laporan akhbar Kosmo! mengenai trend childfree dan pembayaran tanpa tunai yang semakin diterima di Malaysia.

Orang kita terpaling cashless, childfree

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOSMO! baru-baru ini ada menyiarkan laporan muka depan mengenai trend childfree (perkahwinan tanpa anak) dalam kalangan pasangan baru berkahwin sekarang ini, maklum balas orang ramai memang mengejutkan rupa-rupanya trend itu menjadi ikutan orang Islam.

Sebelum ini kita dengar ‘perkara pelik’ seumpama itu hanya berlaku di luar negara tetapi sekarang tidak ada yang pelik lagi kerana ramai pasangan beragama Islam berkahwin tetapi tidak berniat untuk mempunyai zuriat.

Anak dianggap membebankan dan memelihara anak memerlukan kos yang tinggi sekarang ini.

Berdasarkan pengalaman hidup seorang yang pernah mengamalkan childfree dia dan pasangan sememangnya tidak mahu zuriat kerana menganggap perkara itu menyusahkan dan terbeban kewangan.

Kehidupan mereka tidak akan bebas lagi dan tiada lagi me time tetapi apabila usia perkahwinan sudah mencapai tiga tahun mereka mulai sunyi dan mahu bercerai.

Namun, pasangan ini cepat tersedar mula memikirkan untuk mengandung. Alhamdulillah menurut mereka kehidupan berumah tangga lebih manis apabila ada zuriat dan kini menanti hari melahirkan anak kedua.

Pegangan agama yang makin menipis ketika dunia menuju ke akhir zaman, tiada perkara pelik lagi yang kita tidak percaya kerana semuanya maklumat ada dihujung jari, perkara yang selalu berlaku di luar negara sememangnya sudah berlaku di negara kita.

Ada seorang kenalan, dia mempunyai lima orang anak berusia antara umur 14 tahun hingga 3 tahun tetapi keluarga itu rezeki sentiasa cukup.

Penulis belajar dari kehidupan keluarga itu adalah tidak pernah berkira soal makanan dengan orang lain, malah keluarga itu juga sentiasa bersedekah dengan memberi buah tangan kepada jiran-jiran.

Apabila kita tidak berkira tentang makanan dan sentiasa ‘memberi makan’ kepada adik-beradik dan memuliakan ibu bapa insya-Allah rezeki yang diberikan Tuhan sentiasa cukup walaupun kerja hanya biasa-biasa.

Tidak perlu kita terpaling childfree dan ‘Amerika’ sehingga pegangan agama disimpan bawah karpet.

Di samping terpaling childfree, orang kita sekarang ini juga terpaling cashless iaitu tidak membawa lagi tunai dalam dompet, semua pembayaran melalui kod QR.

Baguslah sudah maju dengan semua pembayaran dibuat dengan tanpa tunai tambahan pula, negara ini juga dinobat sebagai pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia dengan 63 peratus pengguna telah beralih ke teknologi itu.

Sungguhpun begitu, kita jangan lupa kalau berkunjung atau balik kampung ke Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah tunai tetap kena ada dalam dompet, jangan jadi terpaling cashless.

Jangan kita maki hamun stesen minyak di negeri itu apabila mereka tidak ada kod QR untuk pembayaran, jangan kita marah kaunter nak beli air hendak duit tunai.

Balik ke negeri-negeri itu pandai-pandai lah bawa diri, sediakan tunai siap-siap dalan dompet, jangan nak berlagak segala benda cashless.

Kalau ke luar negara pandai pula kita bawa diri dengan dengan membeli lebih awal tiket tren dan kad tambah nilai, begitulah juga kalau kita balik kampung jangan budaya cashless di Kuala Lumpur, nanti sendiri sakit hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN