fbpx
Abdul Latif menunjukkan sebahagian lembu peliharaannya di Kampung Sungai Lesong, Kampar yang sedia untuk dijual sempena korban pada Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Puas dapat jual lembu baka kayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang penternak berpuas hati apabila berjaya menjual lembu baka kayangan jenis charolais seberat 900 kilogram (kg) pada harga RM15,800 seekor untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Abdul Latif Abd. Rashid, 41, berkata, lembu baka berkenaan turut menjadi pilihan oleh keba­nyakan ahli jawatankuasa (AJK) surau, masjid, orang kenamaan dan golongan kaya berbanding jenis tempatan kerana ia mempunyai daging yang lebih banyak.

Kata pesara tentera laut itu, lembu charolais miliknya dibeli oleh AJK surau di Tanjung Keramat, Langkap di sini.

“Pembeli mahu mengedarkan lebih banyak daging kepada orang ramai. Sebenarnya ia lebih murah kerana jika hendak beli lembu 200 kg seekor harganya sudah RM4,500.

“Untuk dapatkan 800 kg da­ging, mereka perlu beli empat ekor lembu dengan kos RM18,000, tetapi seekor lembu baka ka­yangan boleh dibeli dengan harga RM15,800. Jimat RM2,200 selain ada tambahan 100 kg lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Lesong di sini semalam.

Menurut Abdul Latif, dia menternak lebih 60 ekor lembu baka tempatan dan kayangan jenis brahman serta charolais.

Dalam pada itu, Abdul Latif memberitahu, cuaca panas dan kering ketika ini ekoran fenomena El Nino menyebabkan haiwan ternakan terutamanya lembu cepat merasa haus.

Katanya, dia menggunakan 20 liter air sehari untuk memberi 60 ekor haiwan ternakannya minum sejak awal tahun ini.

“Sebelum musim panas, saya hanya sediakan 10 liter air sahaja. Walaupun haiwan ada dalam kandang, namun bahangnya turut terasa kerana mereka cepat haus seperti manusia,” katanya.

Tambahnya, air itu dicampur dengan garam untuk menjadikannya lebih enak untuk lembu meminumnya.

Ujar Abdul Latif, selain itu dia turut memandikan lembu peliharannya setiap hari dan memastikan kandang sentiasa bersih.

“Ia bagi memastikan lembu selesa dan akan menghasilkan lebih banyak daging berbanding lemak. Lagi satu jangan beri ba­nyak decanter cake (tahi minyak sawit) dalam makanan lembu kerana ia hanya menghasilkan lemak dan tidak tahan lama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN