fbpx
Gelaran penyondol tidak hanya dilabel terhadap wanita, malah ada lelaki didakwa turut merampas isteri orang. - GAMBAR HIASAN

Lelaki bangga jadi penyondol isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Bukan sahaja wanita yang sering digelar penyondol kerana merampas suami orang, malah lelaki yang sudah berumah tangga juga suka menjadi perampas isteri orang.

Peguam Syarie dan Sivil, Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, istilah penyondol bukan lagi sinonim dalam kalangan wanita ketika ini kerana lelaki juga kini ‘rela’ digelar penyondol.

Menurutnya, berdasarkan kes yang dikendalikannya, golongan lelaki sering menjadikan tiket berpoligami sebagai ‘lampu hijau’ untuk mereka menambah pasangan sehingga tidak kisah dilabel penyondol isteri orang.

“Gelaran penyondol itu juga tidak sesekali menggugat keegoan mereka, lantas menganggap ia satu anugerah paling ‘suci’ apabila diberi kebenaran beristeri empat.

“Perbuatan menyondol isteri orang dengan berkahwin kononnya atas tiket menghalalkan perhubungan. Mereka seolah-olah merasakan diri tidak bersalah,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Beliau memberitahu, stigma masyarakat hari ini hanya melabelkan istilah penyondol terhadap wanita dan bukannya golongan lelaki.

Katanya, hal ini kerana masyarakat kini seringkali disajikan dengan kisah-kisah wanita merampas suami orang, tambahan pula apabila ia melibatkan selebriti-selebriti terkenal sejak kebelakangan ini.

“Pada hemat saya, ia sebenarnya bertitik tolak kepada penularan suatu isu berkaitan sondol apabila rata-ratanya meletakkan perbuatan menyondol kepada si wanita sahaja.

“Ini juga terjadi apabila segelintir masyarakat memandang wanita yang harus dipersalahkan berbanding lelaki yang mempunyai lesen berpoligami,” ujarnya.

Peguam Syarie dan Ketua Ibu Pejabat Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates, Abdul Alim Abdul Aziz pula membe­ritahu, kurang pendidikan agama menjadi faktor utama si suami atau lelaki bujang sanggup menjadi penyondol isteri mahupun tunangan orang.

“Haram sebenarnya jika kita menyondol isteri orang, malah haram juga jika menyondol tunangan orang.

“Biasanya penyondol yang tak ada apa (duit atau harta). Mereka hanya bermodalkan muka paras atau ayat janji manis,” katanya.

Konflik rumah tangga golo­ngan selebriti yang berpunca daripada orang ketiga hangat diperkatakan sebelum ini.

Antara artis yang terpalit de­ngan insiden penyondol adalah membabitkan hubungan antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, Hafidz Rosdhi dan Nurul Shuhada serta Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Pada 24 Mei lalu, Kos­mo! melaporkan pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta berpendapat, si penyondol dan di­sondol kedua-duanya sepatutnya dipersalahkan.

Che Ta dilaporkan berkata, kemunculan watak penyondol dalam hubungan suami isteri tidak akan berlaku sekiranya mana-mana pihak khususnya suami tidak membuka peluang.

“Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kalau saya, aku sesah (belasah) sahaja kedua-duanya,” katanya.

Pelakon Datuk Adi Putra pula dilaporkan mengakui tidak terkejut dengan perkara itu, malah mendakwa kes sedemikian telah wujud dan berlaku sejak lama dahulu.

Kata Adi atau nama lengkapnya Mohamed Hadi Putera Halim, 43, keadaan kini berbeza kerana wujudnya sosial media yang menyebabkan berita tersebut cepat tersebar dan dicanang khalayak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN