fbpx

Contohi Yuna, tolak kerjasama jenama ‘proparasit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNA

ANTARA selebriti terawal yang menolak kerjasama dengan jenama pro-Israel, Yuna yang mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat mengakui prinsipnya itu pernah dipertikaikan beberapa pihak.

Bahkan katanya, berikutan ‘suara’ dilontarkan untuk memberi sokongan moral terhadap rakyat Palestin, dia pernah disindir bahkan ada dalam kalangan individu enggan berbual dengannya.

Begitupun, sejak membuat pengumuman mengenai pendirian tersebut sekitar November tahun lalu, lebih ramai yang memuji tindakan diambil demi membela Palestin.

Mizz Lahar mendapati penyanyi dan komposer terbabit sempat menyertai perhimpunan aman Jalan-Jalan Palestin di ibu negara, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi itu sendiri dalam Instagram pada Sabtu lalu yang menunjukkannya berada di tengah-tengah lautan manusia.

Salute buat Yuna yang tetap teguh dengan pendirian menyebarkan informasi mengenai situasi sebenar di Gaza sekali gus menunaikan tanggungjawab sosial demi keamanan sejagat.

Mizz Lahar: Kata tak sokong, tapi sedut air minuman popular jenama berkaitan pro-Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI