fbpx

Kehilangan Hafiz jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiz

BATU PAHAT – Pencarian seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu masih tidak menemui petunjuk malah kehilangannya menjadi tanda tanya apabila gagal ditemui walaupun hampir keseluruhan kawasan taman perumahan dan bandar sudah diperiksa.

Abdul Halid Sugiman, 44, berkata, kehilangan Hafiz Fauzan, 16, yang juga anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu seakan misteri apabila gagal ditemui termasuk motosikal Honda Future 125cc ditunggangnya ketika keluar dari rumah di Bandar Putera Indah di sini.

Katanya, dengan tempoh cuti persekolahan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja, ia semakin memberikan tekanan kepada keluarga memikirkan keselamatan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja itu.

“Soalnya sekarang dimana dia berada? Usaha pencarian oleh semua ahli keluarga termasuk saudara terdekat dilakukan tanpa henti termasuk solat hajat mohon petunjuk kedudukan anak saya.

“Andainya berlaku sesuatu, sudah pasti ia sudah tersebar namun hingga kini kehilangannya terus menjadi misteri,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Abdul Halid turut mengharapkan orang ramai yang menemui sebarang tanda berkaitan anaknya agar segera memaklumkan kepada pihak polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI