fbpx

Influencer tunjuk kemaluan ketika panggilan video ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang juga pencipta kandungan ditahan selepas didakwa menunjukkan kemaluan menerusi panggilan telefon terhadap seorang wanita, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 17 Mei lalu.

Jelasnya, mangsa seorang wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa suspek melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan menerusi panggilan video.

“Mangsa memaklumkan telah menerima panggilan video tersebut daripada suspek yang dikenalinya ketika berada di rumahnya di Taman Melewar, di sini.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek sejak awal bulan Mei tahun ini melalui aplikasi Instagram.

“Suspek telah membuat panggilan video kepada mangsa dan telah menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah dengannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan itu, Lazim memaklumkan pihaknya telah menahan lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pecipta kandungan sekitar pukul 2.25 petang, semalam.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Jelas beliau, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai boleh menyalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI