fbpx

Sukar percaya orang, Ayu Ting Ting antisosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayu sukar mempercayai orang sekeliling.

NAMPAK mudah didekati, hakikatnya penyanyi Ayu Ting Ting suka memendam perasaan dan sukar mempercayai individu baru dikenali.

Berada dalam dunia hiburan membuatkan sikap suka menyendiri wanita berusia 31 tahun itu semakin menebal bahkan dia lebih gemar berkurung di rumah usai selesai kerja.

Ayu juga tidak mempunyai ramai teman dalam kalangan selebriti kerana berasa rendah diri.

Perkara itu didedahkan dua sahabat baiknya, Hesti Purwadinata dan Kiky Saputra yang tidak putus memberikan kata-kata semangat agar dia mampu bersosial.

Kedua-dua aktres terbabit juga berharap orang ramai tidak salah anggap dengan melabel Ayu sombong atau suka pilih bulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI