fbpx

27,830 kes lewat daftar kelahiran anak seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham (kanan) menyampaikan sijil kelahiran dan bantuan kepada Rais Rayyan (kiri) dan Anis Suhada (dua dari kanan) pada program Mekar di Kampung Pengkalan Ubi Keling, Besut hari ini.

BESUT – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 27,830 permohonan daftar kelahiran lewat di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Ketua JPN, Badrul Hisham Alias berkata, sebahagian besar permohonan itu diterima menerusi 900 program turun padang iaitu Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.

“Antara faktor kelewatan pendaftaran kelahiran yang dikenalpasti ialah masalah kewangan. Desakan hidup menyebabkan mereka tidak mendaftarkan kelahiran mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada di Kampung Pengkalan Ubi Keling di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan sijil kelajiran kepada dua beradik, Rais Rayyan Suheri, 1, dan Anis Suhada, 7, yang sebelum ini tidak didaftarkan kelahiran mereka disebabkan masalah kemiskinan keluarga.

Badrul Hisham memberitahu antara negeri yang paling tinggi merekodkan kes pendaftaran lewat ialah Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis dan Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI