fbpx

Siklon Remal: Rakyat Malaysia digesa sentiasa berwaspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah rosak akibat dipukul Siklon Remal di bandar Kuakata, Bangladesh hari ini. – AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Luar (KLN) melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada Ahad lalu.

KLN dalam kenyataan memaklumkan, rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi,” katanya hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan, angka korban akibat siklon yang melanda kawasan rendah di Bangladesh meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 orang, manakala lebih 30,000 buah rumah musnah dan puluhan ribu lagi rosak, kata beberapa pegawai.

“Kebanyakan mangsa mati dihempap kediaman atau dinding runtuh,” kata pegawai pentadbir daerah Barisal, Showkat Ali di mana tujuh orang disahkan terkorban.

Tiga yang lain meninggal dunia di daerah yang berjiran dengan Barisal, manakala bakinya  akibat lemas.

Angin kencang dan ombak besar melanda pantai ketika Siklon Remal tiba di daratan kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI