fbpx

Proses reman kecoh, jurugambar ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas media dihalang merakam gambar pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Berlaku kekecohan di Bangunan Wisma Wan Mohamad di sini yang menempatkan Mahkamah Majistret dan Sesyen selepas petugas media dihalang merakam gambar pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sekumpulan individu termasuk beberapa lelaki dipercayai peguam pengarah urusan terbabit telah bertindak menjerit dan menolak jurugambar bertugas.

Kejadian sekitar pukul 11.45 pagi di kawasan parkir ‘basement’ itu berlaku selepas selesai prosiding reman ke atas lelaki berusia 44 tahun itu.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh jurugambar berkenaan di Balai Polis Sentral berhubung kekasaran yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI