fbpx

37 penumpang cemas bas rempuh belakang lori di LPT 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu bas yang tersepit dalam kejadian kemalangan di Kilometer 218.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di Kuantan hari ini.

BENTONG – Seramai 37 penumpang sebuah bas ekspres mengalami detik cemas selepas bas dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 218.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini awal pagi ini.

Kejadian itu menyebabkan pemandu bas yang berusia 40 tahun mengalami luka di bahagian tangan dan kaki serta pendarahan kepala manakala kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan Ke Kuala Terengganu, Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian dan ketika sedang bergerak lurus di lorong kiri tiba-tiba bas berkenaan hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan pakaian.

“Akibat kemalangan pemandu bas mengalami kecederaan manakala kesemua 37 penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut manakala kesemua penumpang meneruskan perjalanan menaiki bas ganti yang disediakan syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI