fbpx

SPM 2023: Kedah catat pencapaian tertinggi dalam tempoh 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) menunjukkan keputusan SPM Kedah bagi 2023 selepas sidang akhbar di sebuah hotel di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kedah mencatatkan pencapaian tertinggi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dalam tempoh 13 tahun dengan pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.77.

Pengarah Pendidikan negeri, Ismail Othman berkata, pencapaian calon SPM di negeri ini secara keseluruhan meningkat berbanding tahun sebelumnya yang memperoleh GPN 4.98.

“Berdasarkan GPN, pencapaian calon bandar meningkat 0.2 mata iaitu 4.77 mata pada tahun lalu berbanding 4.97 mata pada 2022. Pencapaian calon luar bandar juga meningkat 0.35 mata iaitu 4.77 mata pada 2023 berbanding 5.12 mata pada 2022,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Kata beliau, daripada 24,528 calon yang menduduki SPM, seramai 14 calon cemerlang dan 568 calon atau 2.32 peratus memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 441 calon atau 1.81 peratus pada 2022.

“Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 4,739 calon atau 19.33 peratus yang mana ia meningkat 3.01 peratus berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya.

Sementara itu, menurutnya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 49 daripada 67 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 16 penurunan prestasi dan dua lagi kekal berbanding tahun sebelumnya.

“Mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.27 mata GPMP iaitu 5.59 mata berbanding 5.86 mata pada 2022,” jelasnya.

Katanya, bagi mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sains Tulen dan Matematik Tambahan, empat mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi dengan peningkatan tertinggi adalah Biologi.

“Sementara bagi mata pelajaran elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi) lapan mata pelajaran menunjukkan prestasi dengan peningkatan tertinggi adalah bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 766 calon tidak hadir bagi menduduki SPM yang mana jumlah itu menunjukkan penurunan setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI