fbpx

Warga emas rugi RM552.51 ditipu scammer sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian melibatkan warga emas yang menjadi mangsa penipuan dalam talian bagi tempoh 2021 hingga 2023 mencecah RM552.51 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia membabitkan 5,533 orang atau 6.4 peratus daripada 86,266 mangsa yang ditipu dalam tiga tahun dengan kerugian RM2.76 billion.

Katanya, meskipun bilangan mangsa warga emas berusia 61 tahun ke atas adalah rendah, namun nilai kerugian dialami mereka adalah tinggi.

“Trend yang hampir sama juga dicatatkan tahun ini yang mana daripada 11,918 kes penipuan online yang direkodkan sehingga 19 Mei lalu, seramai 990 mangsa (8.3 peratus) adalah warga emas.

“Pada 2021 hingga 2023, jumlah kerugian yang dicatatkan bagi kes penipuan online adalah RM2.76 bilion. Daripada jumlah ini, kerugian yang dicatatkan membabitkan mangsa warga emas adalah RM552.51 juta (20 peratus).

“Begitu juga tahun ini, sehingga 19 Mei lalu, kerugian melibatkan warga emas mencecah RM130.49 juta (27.7 peratus) daripada jumlah keseluruhan kerugian RM471.5 juta,” katanya pada  sidang akhbar di Menara KPJ,di sini, hari ini.

Lebih membimbangkan, warga emas mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding lain-lain kategori umur.

Daripada 5,533 warga emas yang direkodkan, 2,631 individu (47.6 peratus) adalah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi seperti ‘phone scam’, penyamaran dalam talian, penipuan SMS dan tawaran hadiah.

“Trend yang sama dicatatkan bagi tahun ini sehingga 19 Mei, yang mana daripada 990 mangsa warga emas yang direkodkan, 39.4 peratus atau 390 daripadanya adalah membabitkan jenayah telekomunikasi.

“Apa yang membimbangkan, nilai kerugian yang dicatatkan oleh kelompok mangsa warga emas ini adalah yang tertinggi berbanding kelompok umur yang lain,” ujarnya.

Jelas beliau, rekod PDRM dalam tempoh tiga tahun itu menunjukkan jumlah kerugian membabitkan jenayah telekomunikasi dialami mangsa warga emas sebanyak RM253.93 juta daripada jumlah keseluruhan RM873.84 juta. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI