fbpx

CIMB perkenal pembayaran tanpa sentuh bagi pengecasan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duduk, dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif EVPower, Cornelius Ee; Ketua Perbankan Pengguna Malaysia, CIMB, Daniel Cheong; dan Ketua Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon pada majlis pelancaran penyelesaian pembayaran tanpa sentuh di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad bekerjasama dengan JuiceUP, anak syarikat PAIDChain Sdn. Bhd. dan Visa untuk memperkenalkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh pertama di pasaran yang direka untuk pengendali titik caj dalam industri kenderaan elektrik (EV).

Perkongsian berkenaan membolehkan pemilik EV mengecas kenderaan mereka menggunakan kad debit atau kad kredit, menjadikan proses pembayaran lancar dan pengelaman pengecasan lebih mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Kumpulan dan Perbankan Digital, CIMB Group, Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya berbesar hati untuk menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh pertama dalam pasaran yang direka untuk menyelaraskan transaksi di tempat pengecasan EV.

“Hal ini menekankan komitmen CIMB untuk memajukan mobiliti mampan melalui tawaran inovatif yang meningkatkan pengalaman pemilikan EV,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama berkenaan, pemegang kad kredit dan kad debit CIMB kini boleh menikmati diskaun sehingga 15 peratus untuk khidmat pengecasan di stesen EVPower.

CIMB turut menawarkan salah satu suite paling komprehensif bagi penyelesaian kewangan EV di pasaran.

Selain kadar keutamaan pembiayaan auto dan diskaun untuk insurans kenderaan, penerima pembiayaan EV CIMB yang layak akan menerima keahlian EV+ EVPower percuma, termasuk kredit caj RM300 serta bonus tambah nilai tambahan 10 peratus.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun RM1,500 untuk Pengecas Dinding Rumah 22 kilowatt daripada EVPower. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI