fbpx

Anwar terima kunjungan hormat CEO Mubadala Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menerima kunjungan hormat CEO Mubadala Energy pagi ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Energy, Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed di Putrajaya pagi tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.

“Mubadala Energy ialah syarikat tenaga antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi dengan pelaburan di tujuh buah negara termasuk Malaysia.

“Syarikat ini kini aktif dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan melalui pelaburan dalam pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan penangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan (CCUS),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan mengenai fokus dan kemajuan pelaksanaan pelaburan Mubadala Energy di Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia mengalu-alukan perancangan pelaburan itu yang turut terkait projek-projek berimpak tinggi tenaga boleh diperbaharu.

Ujar beliau, kehadiran pelabur-pelabur yang kukuh seperti Mubadala Energy selari dengan usaha kerajaan melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga.

“Saya maklumkan sokongan kerajaan dalam memastikan pelaburan-pelaburan asing berjalan lancar dan memulakan operasi mengikut jadual,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI