fbpx

Tindakan dua wanita buat video langkah kubur dirujuk kepada Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan perbuatan seorang wanita melangkah kubur sehingga tular di media sosial semalam.

KOTA BHARU – Tindakan dua wanita yang membuat video mereka melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan sehingga tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak berautoriti seperti Jakim dan Jabatan Mufti bagi mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, sehubungan itu, kerajaan akan mengkaji keperluan sama ada untuk memanggil kedua-dua individu itu selepas menyemak dan melihat secara keseluruhan situasi agar pandangan diberikan itu adalah berdasarkan informasi yang tepat.

“Kita akan merujuk kepada Jakim dan Jabatan Mufti. Apabila berbicara mengenai aspek hukum, kita perlu merujuk pihak berautoriti bagi meredakan perselisihan faham itu.

“Pihak berautoriti (Jakim dan Jabatan Mufti) akan memberi pandangan dan nasihat berkaitan isu berkenaan. Jika perlu, mereka yang terlibat akan dipanggil,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tunjong di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, tular video berdurasi 37 saat memaparkan tindakan keterlaluan dua orang wanita dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok miliknya sebelum video sama turut dikongsikan di Facebook oleh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI