fbpx

Norza letak jawatan lepas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA mengesahkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan selaku presiden BAM sebaik temasya Sukan Olimpik Paris berakhir.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria secara rasmi akan melepaskan jawatannya itu pada 24 Ogos iaitu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai.

Beliau menjelaskan, pemilihan tarikh sebaik sahaja Olimpik 2024 berakhir kerana mahu memberi tumpuan terhadap tugas selaku Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

Norza sebelum ini mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM selepas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meminta beliau menangguhkan pengunduran bagi mengelak berlaku perubahan kepimpinan sebelum temasya berlangsung.

“Saya akan meletakkan jawatan sebagai presiden BAM secara rasmi selepas Olimpik iaitu pada 24 Ogos dan jawatan ini akan dipangku oleh Naib Presiden 1 sehingga pemilihan yang dijadualkan pada 2025,” katanya yang ditemui pada sidang media semalam.

Selain mahu melepaskan jawatan Presiden BAM, beliau juga menyuarakan Hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), tetapi hanya akan dilakukan selepas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Sementara itu, Naib Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam yang ditemui pada Majlis sama memaklumkan bahawa beliau akan memangku jawatan Presiden BAM sehingga pilihan raya seterusnya.

“Saya akan memastikan segala rancangan dan perkembangan yang telah dirancang oleh Tan Sri Norza diteruskan dan dengan sokongan semua anggota Majlis BAM, kami akan terus berusaha menambah baik persatuan ini.

“Walaupun tanggungjawab ini besar, saya yakin dengan pengalaman saya dalam bidang badminton sejak tahun 1980-an di Selangor dan BAM, kami mampu mencapai tahap yang lebih tinggi,” tambah Subramaniam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI