fbpx

Johari ketuai delegasi Malaysia ke Mesir, Turkiye bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

PUTRAJAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi Malaysia ke Mesir dan Turkiye untuk lawatan kerja bermula esok hingga 1 Jun depan.

Beliau juga dijadual merasmikan Forum Minyak Sawit Malaysia Mesir 2024 di Kaherah pada 28 Mei ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), acara tahunan ini dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bertujuan untuk meneroka pertumbuhan potensi minyak sawit di rantau Afrika Utara.

“Semasa forum tersebut, Johari akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan acara tersebut pada 28 Mei.

“Ucapan yang akan disampaikan oleh beliau juga bagi meningkatkan permintaan global untuk minyak masak dan derivatifnya, juga sebagai komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Johari akan bertemu Menteri Perdagangan dan Perindustrian serta Menteri Bekalan dan Perdagangan Domestik Mesir untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta kalangan ketua perniagaan dalam industri minyak sawit.

MPOF 2024 akan disusuli oleh lawatan ke Turkiye, dengan Johari akan bertemu Menteri Perdagangan negara itu pada 31 Mei, untuk mengenal pasti peluang perniagaan baharu dalam sektor minyak sawit antara Malaysia dan Turkiye.

“Turkiye ialah destinasi penting untuk eksport minyak sawit Malaysia, menjadikan pertemuan ini amat penting bagi Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI