fbpx

Empat kapal tentera AS terkandas di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tentera AS terkandas di pantai Gaza akibat laut bergelora. - Al Mayadeen

BANDAR GAZA – Empat kapal Tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyokong jeti sementara di pantai Gaza terkandas ketika laut bergelora, manakala usaha pemulihan sedang dilakukan, kata Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) semalam.

“Kapal-kapal itu terlepas dari tambatan dengan dua daripadanya kini berlabuh di pantai berhampiran jeti. Kapal ketiga dan keempat berada di pantai Israel berhampiran Ashkelon.

“Tiada kakitangan AS akan memasuki Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dan dermaga kekal berfungsi sepenuhnya,” kata CENTCOM sambil menambah, tentera laut Israel sedang membantu memulihkan kapal.

PresidenJoe Biden berkata pada Mac lalu bahawa jeti itu dibina untuk mengurangkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas penghantaran bantuan melalui darat ke Gaza.

Menurut CENTCOM, 1,005 tan metrik bantuan telah dihantar dari laut ke pusat pemindahan pantai setakat Jumaat lalu, dengan 903 tan metrik diagihkan dari titik pemindahan ke gudang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI