fbpx

Sistem MyInvois menerusi API telah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persekitaran produksi Sistem MyInvois menerusi Application Programming Interface (API) telah dibuka bagi membolehkan syarikat rintis e-Invois mengeluarkan e-Invois menggunakan data sebenar perniagaan mereka mulai hari ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.

“Oleh itu, syarikat rintis e-Invois boleh mula mengakses kepada persekitaran produksi API Sistem MyInvois setelah memohon Client ID dan Client Secret bagi persekitaran produksi daripada pihak LHDN menerusi e-mel [email protected],” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan akses kepada persekitaran produksi itu antara lain membolehkan syarikat rintis untuk mengurus dan mengeluarkan e-Invois secara terus kepada LHDN menggunakan data produksi (data sebenar perniagaan) untuk memastikan ketepatan maklumat yang dihantar.

Bagi memastikan proses peralihan lancar ke atas penghantaran e-Invois menerusi persekitaran API, LHDN memaklumkan proses pengesahan tandatangan digital juga tidak diaktifkan buat sementara waktu.

Sebelum ini dilaporkan pelaksanaan fasa pertama e-Invois pada 1 Ogos, terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI