fbpx

Premis pelacuran ‘tertua’ digempur imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan menerusi Op Khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sebuah premis pelacuran yang didapati beroperasi sejak 30 tahun lalu menerusi Op Khas di Jalan Pasar Baru, di sini, kelmarin.

Operasi yang bermula pada pukul 10.20 malam itu melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM Putrajaya dan JIM Perak.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan dijalan susulan aduan diberikan orang awam dan risikan selama tiga minggu.

“Antara wanita warga asing ditahan terdiri daripada 37 orang warga Vietnam, Indonesia (3) dan Myanmar (1).

“Lelaki yang ditahan membabitkan lima warga Bangladesh, Vietnam (2), India (1), Pakistan (1) dan Indonesia (1).

“Kesemua 51 warga asing yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pasukan operasi telah merampas 19 pasport Vietnam, dua pasport Bangladesh selain empat botol minyak urut dan kondom.

Menurut Ruslin, premis berkenaan menawarkan perkhidmatan urutan badan dan aktiviti pelacuran kepada pelanggan warga asing dan tempatan.

“Perkhidmatan urutan badan dijalankan di tingkat bawah premis manakala aktiviti pelacuran dijalankan di tingkat satu.

“Pelanggan akan memilih perempuan warga asing untuk dilanggan dan bayaran akan dilakukan di dalam bilik di tingkat yang lain.

“Bayaran yang dikenakan sebanyak RM80 hingga RM150 untuk satu jam. Premis ini telah beroperasi selama lebih kurang 30 tahun,” katanya.

Tambah beliau, ketika serbuan dijalankan terdapat cubaan wanita warga asing melarikan diri untuk bersembunyi selain berlaku provokasi dalam kalangan pelanggan namun semua itu berjaya digagalkan anggota yang bertugas.

“Kesemua warga asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1966, Akta Pasport 1966.

“Mereka akan ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil, di sini. Seramai lima orang lelaki
warga tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI