fbpx

PM seru orang muda pupuk perpaduan, kasih sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR meletakkan kapsul perpaduan sempena Majlis Perasmian Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang muda memainkan peranan dalam memupuk perpaduan pelbagai kaum.

Tegasnya, perjuangan dan jasa bapa kemerdekaan terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara dengan menyatupadukan pelbagai kaum juga perlu sentiasa diingati.

“Saudara selamatkan negara ini bapa bapa kita (pejuang kemerdekaan) telah berjasa kerana usaha mereka menyatupadukan kaum Melayu, Cina, India dan suku kaum kecil yang lain serta suku kaum di Sabah Sarawak, itu jasa mereka.

“Tanggungjawab orang muda generasi muda jangan anggap perkara ini satu ketentuan yang merehmehkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall di sini hari ini.

Anwar berkata, negara Malaysia tidak mahu senasip beberapa negara di dunia seperti Rwanda, Bosnia Herzegovina dan Yugoslavia.

Ujarnya, negara-negara ini berpecah-belah kerana perbedaan suku kaum serta fahaman agama yang sempit sehingga menghancurkan negara mereka.

“Malaysia negara hebat, kepelbagaian kaum boleh jadi kekuatan, boleh menjadi unsur memecahbelahkan.

“Negara boleh bangkit kerana semangat perpaduan, negara boleh hancur kerana perpecahan dan fahaman perkauman, belajarlah kalian ini kekuatan kita,”katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memuji Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang memahami peranan sebenar kementerian dalam usaha menerapkan semangat cintakan negara dan saling menghormati antara kepelbagaian kaum di negara ini.

“Orang fikir Kementerian Perpaduan Negara hanya sekadar berkisar budaya, nyanyian dan tarian, pertunjukan dan pesta semata-mata. Terima kasih kepada Datuk Aaron dan seluruh keluarga Perpaduan kerana faham tugas lebih besar daripada itu.

“Dalam Mesyuarat jemaah negeri, saya telah tekankan kepadanya bahawa program-program perpaduan itu mesti menerobos sehingga ke peringkat akar umbi supaya rakyat dari peringkat sekolah ditanam (semangat perpaduan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI