fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei di The Exchange 106, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Politik Negeri Sembilan: ‘Kita akan umum kemudian’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebarang perkembangan berhubung situasi semasa di Negeri Sembilan akan diumumkan kemudian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei di The Exchange 106, di sini, hari ini.

Menurutnya, perkara itu masih dalam perhatian dan penelitian sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat kepada umum.

“Kita akan umum kemudian,” katanya ringkas.

Terdahulu, situasi politik Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan tindakan 14 ADUN UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN